Tuesday, July 20, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEDUA BELAS

Adat Perakahwinan Orang Melayu Singapura

Adat Perkahwinan Bernikah

Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemucak kesahihan sesuatu perkahwinan.

Upacara ini dijalankan seleaps segala perjanjikan yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, maskahwindan barangan lain seperti mana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi ataupun di rumah pengantin perempuan dan di jalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.


Monday, July 19, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KESEBELAS

Adat Perkahwinan Orang Melayu Singapura

Adat Meminang II

Tarikh yang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.

Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan.
Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.

[tunang4.jpg]


sumber lelaman | https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEig0t-T6tvl5yJLwbojgKrtIdC-MsRZQtDxeii_nh_UZKH9YDg4gLUPXnlv_WoVnxmmgNODBN3jegfWV3LTdHf8rNOhVAZ8rYiZKWPaMAdC3d8kg33Sdz4gzeNahyvhqqjDYvJcpl4YrtQk/s320/tunang4.jpg

Sunday, July 18, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KESEPULUH

Adat Perakahwinan Orang Melayu Singapura

Adat Meminang I

Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh.

Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku.

Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan.

Saturday, July 17, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KESEMBILAN

Adat Perkahwinan Orang Singapura

Adat Merisik

Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama sekali adalah peringkat merisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkan pengantin lelaki dan pengantin perempuan, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga pengantin lelaki dengan orang tua pihak pengantin perempuan.

Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak pengantin perempuan, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahawa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti perkawinan.


Friday, July 16, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELAPAN

Adat Perkahwinan Orang Melayu Brunei

Saya ada satu slaid tentang Adat Perkahwinan Orang Melayu Brunei.
Mari menonton slaid ini....
Harap anda semua suka slaid yang saya muatnaikkan...


Thursday, July 15, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH

Adat Perkahwinan Orang Melayu Brunei

Adat Makan Bersuap

Adat Makan Bersuap selalunya pengantin perempuan akan menyuap suaminya dengan jari-jemarinya sendiri. Adat ini dilakukan semata-mata ingin membuatkan pasangan pengantin lebih mesra dan tidak malu-malu kucing. Lazimnya, hidangan yang disediakan ialah nasi kuning, air, garam dan asam.

Adat Mulih 3/7 Hari

Adat ini ialah tradisi di mana pengantin lelaki dan isterinya akan ke rumah asalnya selama 3 ataupun 7 hari. Mereka juga akan tinggal di kediaman pengantin perempuan. Selalunya, di keluarga lelaki, mereka akan memberi hadiah dalam bentuk barangan ataupun keperluan rumah baru mereka. Ini menandakan berakhirnya upacara perkahwinan di Brunei.

sumber daripada | http://www.perkahwinanku.biz/My_Homepage_Files/Page24.html


Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM

Adat Perkahwinan Orang Melayu Brunei

Adat Basuh Kaki

Basuh Kaki dalam bahasa Tutong ialah Adat Resam di mana kaki pengantin perempuan akan dituangkan air. Barang yang diperlukan bagi basuh kaki ialah air, parang dan batu pengasah.

Kedua-dua pengantin hendaklah membuka kasut di kaki kanan masing-masing, dimulakan oleh pengantin perempuan dengan meletakkan kakinya di atas batu pengasah diikuti dengan pengantin lelaki meletakkan kakinya di atas pengantin perempuan.

sumber daripada | http://www.perkahwinanku.biz/My_Homepage_Files/Page24.html


sumber gambar | http://www.slide.com/mscd?bnc=bnc&pxcid=6bH47LJHbG6bBBac4fGS1qNp5tqwa8eLjCnAQOSmRPK1eXMCQriYO5Qr0uIT