Thursday, July 15, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETUJUH

Adat Perkahwinan Orang Melayu Brunei

Adat Makan Bersuap

Adat Makan Bersuap selalunya pengantin perempuan akan menyuap suaminya dengan jari-jemarinya sendiri. Adat ini dilakukan semata-mata ingin membuatkan pasangan pengantin lebih mesra dan tidak malu-malu kucing. Lazimnya, hidangan yang disediakan ialah nasi kuning, air, garam dan asam.

Adat Mulih 3/7 Hari

Adat ini ialah tradisi di mana pengantin lelaki dan isterinya akan ke rumah asalnya selama 3 ataupun 7 hari. Mereka juga akan tinggal di kediaman pengantin perempuan. Selalunya, di keluarga lelaki, mereka akan memberi hadiah dalam bentuk barangan ataupun keperluan rumah baru mereka. Ini menandakan berakhirnya upacara perkahwinan di Brunei.

sumber daripada | http://www.perkahwinanku.biz/My_Homepage_Files/Page24.html


Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM

Adat Perkahwinan Orang Melayu Brunei

Adat Basuh Kaki

Basuh Kaki dalam bahasa Tutong ialah Adat Resam di mana kaki pengantin perempuan akan dituangkan air. Barang yang diperlukan bagi basuh kaki ialah air, parang dan batu pengasah.

Kedua-dua pengantin hendaklah membuka kasut di kaki kanan masing-masing, dimulakan oleh pengantin perempuan dengan meletakkan kakinya di atas batu pengasah diikuti dengan pengantin lelaki meletakkan kakinya di atas pengantin perempuan.

sumber daripada | http://www.perkahwinanku.biz/My_Homepage_Files/Page24.html


sumber gambar | http://www.slide.com/mscd?bnc=bnc&pxcid=6bH47LJHbG6bBBac4fGS1qNp5tqwa8eLjCnAQOSmRPK1eXMCQriYO5Qr0uIT

Tuesday, July 13, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELIMA

Adat Perkahwinan Orang Melayu Brunei

Istiadat Bersanding

Bersanding ialah tradisi di mana kedua-dua pengantin akan duduk bersebelahandi atas pelamin supaya para jemputan melihat kedua pasangan tersebut. Istiadat Bersanding dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan. Di sebelah pagi, pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan dimandikan dengan campuran air wangi.

Manakala, ibu pengantin lelaki dan saudara mara perempuan pula akan mengerjakan yang masa di khemah jemputan perempuan. Di masa dahulu, para tetamu akan diberi bunga telur, tetapi sekarang, sebagainya.

sumber daripada | http://www.perkahwinanku.biz/My_Homepage_Files/Page24.html

Monday, July 12, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEEMPAT

Adat Perkahwinan Orang Melayu Brunei

Istiadat Akad Nikah

Akad Nikah ialah upacara agama Islam Ijab dan Kabul akan dilaksanakan bagi mengisytiharkan bahawa pasangan tersebut adalah sudah menjadi pasangan suami dan isteri yang sah.

Pengantin lelaki akan memakai baju cara Melayu bewarna putih bertopikan songkok dan sinjang. Semasa melangsungkan Ijab dan Kabul, pangantin lelaki akan nersalam dengan Jurunikah.

sumber daripada| http://www.perkahwinanku.biz/My_Homepage_Files/Page24.html

Sunday, July 11, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KETIGA

Adat Perkahwinan Orang Melayu Brunei

Adat Penghantaran Berian dan Adat Penyerahan Wali

Adat Penghantaran Berian ialah tradisi di mana keluarga pengantin lelaki akan melantik rombongan untuk pergi ke kediaman pengantin perempuan untuk menghantar berian beserta dengan mas kahwin. Dalam adat Penyerahan Wali, bapa pengantin perempuan, di iringi dengan dua orang saksi akan pergi berjumpa Jurunikah bagi menyerahkannya kabenaran untuk menjalankan akad nikah perkahwinan.

sumber daripada | http://www.perkahwinanku.biz/My_Homepage_Files/Page24.html

Saturday, July 10, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KEDUA

Adat Perkahwinan Orang Melayu Brunei

Adat Berbedak dan Berinai

Di Brunei, ada empat acara sebelum perkahwinan mengambil. Satu acara adalah Adat Berbedak dan Berinai. 'Adat Berbedak' adalah upacara di mana kedua pengantin akan di bedaki di rumah masing-masing dengan berujuan untuk menambah serinya wajah.

Selepas Berbedak, mereka dilangsungkan upacara mandian. Penangtin seterusnya kan dimandikan dengan air 'langir', air bunga melor/melati, dan bercampur dengan air bercampur 'kalambiji'. Air ini bertindak sebagai pembersih dan minyak wangi badan. Penangtin akan dimandikan dengan air bersih diikuti dengan pemambilan air wudhu.

Adat Berinai ialah tradisi dimana penangtin akan menampalkan tangan dan kaki mereka dengan inai. Tindakan ini seterusnya akan diikuti oleh penangtin dimana seterusnya pengangun akan memegang tangan penangtin teresbut sambil membaca doa. Penangtin itu kemudiannya akan diarahkan untuk bediri dan akan di bawa mengalilingi katil sebanyak tiga kali dan seterusnya duduk tempat yang telah dikhususkan di katil yang mana disediakan lapik.


sumber daripada | http://www.perkahwinanku.biz/My_Homepage_Files/Page24.html


Thursday, July 1, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI PERTAMA

PERASAAN SAYA???

Pada mulanya, saya tidak tahu kenapa Cikgu Siti menyuruh kami pergi ke makmal komputer. Apabila kami tiba di makmal komputer, rupa-rupanya kami perlu memasuki Pertandingan Blogging 2010. Kawan-kawan saya dan saya perlu menyiapkan sepuluh entri mengenai budaya melayu. Disebabkan budaya melayu itu luas, saya akan tumpukan entri-entri saya tentang adat perkahwinan melayu.

Pada cuti sekolah, saya telah pergi ke Brunei untuk mengikuti program penyerapan sekolah. Sewaktu di Brunei saya telah meraih banyak pengetahuan terutama sekali tentang adat perkahwinan orang melayu di Brunei. Oleh demikian saya akan berkongsi tentang adat perkahwinan di Brunei dalam entri-entri saya. Saya juga akan buat perbandingan antara adat perkahwin orang Brunei dan orang melayu Sinagpura. Nantikan lah entri-entri saya.